Mengenal Mahagurunya para Ulama Nusantara KH Saleh Darat

 
Mengenal Mahagurunya para Ulama Nusantara KH Saleh Darat

Tiga orang ulama yang berasal dari Pulau Jawa adalah sangat masyhur, sama ada tentang pencapaian keilmuan, ramai murid menjadi ulama, maupun nyata karamah dan barakah. Tiga orang ulama yang bersahabat, yang dimaksudkan ialah Syeikh Nawawi al-Bantani @ Imam Nawawi ats-Tsani (lahir 1230 H/1814 M, wafat 1314 H/1896 M), Muhammad Khalil bin Kiyai Abdul Lathif (lahir 1235 H/1820 M) biasa dikenal sebagai KH Cholil Bangkalan dan Kiyai Haji Saleh Darat yang lahir di Kedung Cemlung, Jepara, tahun 1235 H/1820 M, wafat di Semarang, hari Jumaat, 29 Ramadhan 1321 H/18 Disember 1903 M) ulama yang diriwayatkan ini.

Kiai Haji Muhammad Saleh bin Umar al-Samarani atau akrab disapa Kiai Haji Sholeh Darat, nama besar tersebut memang kurang dikenal masyarakat umum dibanding para muridnya antara lain pendiri Nahdlaltul Ulama, KH Hasyim Asy'ari; pendiri Muhammadiyah, KH Ahmad Dahlan; dan pahlawan emansipasi wanita Raden Ajeng Kartini.

Perjalanan Keilmuannya
Ayahnya adalah seorang ulama besar dan pejuang Islam yang pernah bergabung dengan pasukan Pangeran Diponegoro dalam perjuangan jihad melawan penjajah Belanda, beliau ialah Kiyai Haji Umar, oleh itu Saleh Darat memperoleh ilmu asas dari ayahnya sendiri. Sesudah itu beliau belajar kepada Kiyai Haji Syahid, ulama besar di Waturoyo, Pati, Jawa Tengah. Kemudian, dibawa ayahnya ke Semarang untuk belajar kepada beberapa ulama, di antara mereka ialah Kiyai Haji Muhammad Saleh Asnawi Kudus, Kiyai Haji Ishaq Damaran, Kiyai Haji Abu Abdillah Muhammad Hadi Banguni (Mufti Semarang), Kiyai Haji Ahmad Bafaqih Ba’alawi, dan Kiyai Haji Abdul Ghani Bima.

Ketika berangkat ibadah haji bersama ayahnya, sang ayah wafat di Mekah. Saleh Darat mengambil keputusan dengan bertawakal kepada Allah untuk tinggal di Mekah kerana mendalami pelbagai ilmu kepada beberapa orang ulama di Mekah pada zaman itu. Di antara gurunya ialah: Syeikh Muhammad al-Muqri, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Ahmad Nahrawi, Sayid Muhammad Saleh bin Sayid Abdur Rahman az-Zawawi, Syeikh Zahid, Syeikh Umar asy-Syami, Syeikh Yusuf al-Mishri dan Syeikh Jamal Mufti Hanafi.

Beberapa ulama yang tersebut itu, iaitu Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, dan Syeikh Umar asy-Syami adalah ulama-ulama yang mengajar di Masjid al-Haram, Mekah dalam tempoh masa yang sangat lama, sejak ulama yang sebaya dengan Syeikh Nawawi al-Bantani, Kiyai Haji Saleh Darat, Syeikh Muhammad Zain al-Fathani dan lain-lain, hinggalah ulama-ulama peringkat Syeikh Ahmad al-Fathani. Kiyai Saleh Darat sebaya umurnya dengan ayah Syeikh Ahmad al-Fathani, namun sama-sama seperguruan dengan ulama-ulama Arab yang tersebut di atas.

Silsilah Keilmuan

  • Syeikh Muhammad al-Muqri
  • Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki
  • Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan
  • Syeikh Ahmad Nahrawi
  • Sayid Muhammad Saleh bin Sayid Abdur Rahman az-Zawawi
  • Syeikh Zahid
  • Syeikh Umar asy-Syami
  • Syeikh Yusuf al-Mishri
  • Syeikh Jamal Mufti Hanafi
  • KH Muhammad Saleh Asnawi Kudus
  • KH Ishaq Damaran
  • KH Abu Abdillah Muhammad Hadi Banguni (Mufti Semarang)
  • KH Ahmad Bafaqih Ba’alawi
  • KH Abdul Ghani Bima

Murid-muridnya
Diantara murid-murid beliau yang menjadi ulama tersohor adalah:.Raden Ajeng Kartini, yang menjadi simbol kebanggaan kaum wanita Indonesia.
1.    KH. Hasyim Asy’ari (Pendiri Nahdlatul Ulama)
2.    Syekh Mahfudz At-Turmusi (Ulama Besar Madz-hab Syafi’i yang ahli dalam bidang hadits).
3.    KH. Ahmad Dahlan (Pendiri Muhammadiyah)
4.    KH. Bisri Syamsuri (Pendiri Pesantren Mamba’ul Ma’arif Jombang).
5.    KH. Idris (Pendiri Pondok Pesantren Jamsaren, Solo)
6.    KH. Sya’ban (Ulama Ahli Falak di Semarang)
7.    KH. Dalhar (Pendiri pondok pesantren Watucongol Muntilan, Magelang).
8.    Raden Ajeng Kartini, yang menjadi simbol kebanggaan kaum wanita Indonesia.

Yang mengagumkan dari kesekian murid beliau, ada tiga orang yang disahkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia, yaitu KH. Ahmad Dahlan (1868–1934 M.), dengan Surat Keputusan Pemerintah RI, No. 657, 27 Desember 1961, Hadratus Syekh Hasyim Asy’ari (1875–1947 M.), dengan Surat Keputusan Presiden RI, No. 294, 17 November 1964, Raden Ajeng Kartini (1879–1904 M.), dengan Surat Keputusan Presiden RI, No. 108, 12 Mei 1964.


Wafatnya Beliau
Kyai Saleh Darat wafat di Semarang pada hari “Jum’at Wage” tanggal 28 Ramadan 1321 H/ 18 Desember 1903 dan dimakamkan di pemakaman umum “Bergota” Semarang. dalam usia 83 tahun.

Meski demikian, haul-nya dilaksanakan baru pada 10 Syawal. Itu semata-mata agar masyarakat bisa mengikutinya dengan leluasa, setelah merayakan Lebaran dan Syawalan. Pada hari itu masyarakat dari berbagai penjuru kota menghadiri haul Kiai Saleh Darat di kompleks pemakaman umum Bergota Semarang. Banyaknya umat yang hadir dalam acara itu, seolah menjadi tengara kebesaran namanya. Tak dapat dipungkiri, ulama akbar itu memang telah menjadi ikon Semarang di masa lalu.

Kitab-kitab Karangan beliau
Di antara karangan Kiyai Haji Syeikh Saleh Darat as-Samarani yang telah diketahui adalah seperti berikut:

  • Kitab Majmu’ah asy-Syari’ah al-Kafiyah li al-’Awam, kandungannya membicarakan ilmu-ilmu syariat untuk orang awam
  • Kitab Munjiyat, kandungannya tentang tasawuf, merupakan petikan perkara-perkara yang penting dari kitab Ihya’ `Ulum ad-Din karangan Imam al-Ghazali
  • Kitab al-Hikam, kandungannya juga tentang tasawuf, merupakan petikan perkara-perkara yang penting daripada Kitab Hikam karangan Syeikh Ibnu `Athaullah al-Askandari.
  • Kitab Latha’if at-Thaharah, kandungannya membicarakan tentang hukum bersuci
  • Kitab Manasik al-Hajj, kandungannya membicarakan tatacara mengerjakan haji
  • Kitab ash-Shalah, kandungannya membicarakan tatacara mengerjakan sembahyang
  • Tarjamah Sabil al-`Abid `ala Jauharah at-Tauhid, kandungannya membicarakan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, mengikut pegangan Imam Abul Hasan al-Asy`ari dan Imam Abu Manshur al-Maturidi.
  • Mursyid al-Wajiz, kandungannya membicarakan tasawuf atau akhlak.
  • Minhaj al-Atqiya’, kandungannya juga membicarakan tasawuf atau akhlak.
  • Kitab Hadis al-Mi’raj, kandungannya membicarakan perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Baitul Maqdis dan selanjutnya hingga ke Mustawa menerima perintah sembahyang lima kali sehari semalam. Kitab ini sama kandungannya dengan Kifayah al-Muhtaj karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.
  • Kitab Faidhir Rahman, kandungannya merupakan terjemahan dan tafsir al-Quran ke dalam bahasa Jawa. Kitab ini merupakan terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertama dalam bahasa Jawa di dunia Melayu. Menurut riwayat, satu naskhah kitab tafsir tersebut pernah dihadiahkan kepada Raden Ajeng Kartini ketika berkahwin dengan R.M. Joyodiningrat (Bupati Rembang).
  • Kitab Asrar as-Shalah, kandungannya membicarakan rahasia-rahasia sembahyang.

Hampir semua karya Kiyai Haji Saleh Darat ditulis dalam bahasa Jawa dan menggunakan huruf Arab (Pegon atau Jawi), hanya sebagian kecil yang ditulis dalam bahasa Arab. Salah satu kitab beliau berbahasa Melayu menggunakan nama Syeikh Muhammad Shalih bin Umar as-Samarani.

 

Sumber: Dari Berbagai Sumber

 

Info lengkap tentang biografi ulama, silakan buka di https://wiki.laduni.id/Main_Page